Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
- Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
- 'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
- Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.
No comments:
Post a Comment