WANGIAN telah digunakan sejak zaman silam dalam upacara keagamaan tetapi kemudian penggunaannya berkembang sebagai kosmetik dan hampir dalam setiap produk harian. Kaum wanita selalu dikaitkan dengan minyak wangi dan produk wangian atau haruman sehingga ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk memiliki wangian yang berkenan di hati. Wangian dikatakan menggambarkan peribadi si pemakai. Pada waktu siang, wa ngian yang dihasilkan dapat menimbulkan rasa kegembiraan, keyakinan, keceriaan, segar dan bersih. Pada sebelah malam pula, wangian dikatakan mampu melahirkan perasaan, menonjolkan sifat kewanitaan, misteri dan romantik.
Penggunaan wangian yang mengandungi bahan kimia berbahaya memberi kesan buruk kepada si pemakai dan anak dalam kandungan selain orang persekitaran yang menghidunya. (AFP) |
Hampir setiap produk yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen, kertas tulis dan sebagainya. Tujuan wangian hanyalah untuk menghasilkan bau wangi pada si pemakai, barangan kegunaan peribadi atau udara di sekeliling selain menjadikan pakaian berbau "bersih", kosmetik "cantik" dan peralatan rumah "terjaga". Wangian juga menambahkan rasa "bersih" apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi. Namun, kebanyakan kita tidak menyedari yang ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan teru tamanya bagi wanita mengandung.
BAU | NAMA BAHAN (CONTOH) | BAHAN KIMIA AKTIF (% BERAT BERSIH) | TANDA KERACUNAN |
Limau, lemon | Fruity-fragrance 86-173 | Limonin > 50% | Kanser, keradangan pada mata dan kulit |
Lavender | Lavender-fragrance 93-054 | Linalool 10-50% | Gangguan pernafasan |
Tomato | Tomato Oil 010 | Propilin glikol > 50% | Keradangan mata dan kulit, jika tertelan boleh menyebabkan sawan |
Pudina | Spearmint oil 660 | Karvon > 50% | Menyebabkan keradangan pada mata dan kulit. |
Musim bunga | Spring Flowers Fragrance 5975 | Karbitol 10 – 50% | Gangguan pernafasan dan sistem saraf, keradangan mata. |
Pepermin | Peppermint 501 | 1-Menthol 10 – 50% | Loya yang teruk, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan anggota badan, mengantuk dan koma. |
Buah-buahan | Bergamont Oil 100 | Linalil asetat, lomonin, linalool, 10 – 50% | Gangguan pernafasan, keradangan mata dan kulit. |
Bunga-bungaan | Bouquet Floral3881 | Benzal asetat 10 – 50% | Kanser pankreas, keradangan mata, saluran pernafasan dan batuk. |
Kulit Kayu Manis | Cinnamon Oil 950 | Sinamik Aldehid > 50% | Keradangan sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah, sakit perut dan cirit- birit. |
Pine | Alpha Pinene P & F | a-Pinen 97.5% | Mengganggu sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat, pening, halusinasi, kebakaran dan kesan kebakaran pada kulit, konjunktivitis, merosakkan sistem pertahanan badan. |
Lilac | Alpha Terpineol P & F, FCC | a-Terpineol 88.5% | Keradangan lapisan mukus dalam paru-paru, pneumonitis, edema, susah bernafas, kehilangan koordinasi anggota badan, sakit kepala. |
Kandungan Wangian
Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.
Seorang pembuat wangian tempatan mengisi wangian daripada Perancis di bilik belakang sebuah kedai di Bagdad pada 4 Mei 2003 (AFP) |
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik. Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.
Selain itu, terdapat juga wangian jenis musk boleh memberikan kesan estrogen, neurotoksik dan karsinogen tetapi pada kadar yang lemah. Mengikut kajian Penguatkuasaan Makanan dan Dadah, Amerika (FDA) (1968 hingga 1972), bahan kimia semula jadi seperti alfa-terpineol, benzal asetat, benzal alkohol, limonin dan lionalol yang sering ter dapat dalam kosmetik (daripada 138 bahan) didapati kerap memberi kesan sampingan kepada si pemakai.
Bahaya Kesihatan
Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.
KANDUNGAN KIMIA | TANDA |
3-Burten-2-one | Keradangan pada kulit dan sistem pernafasan |
Aseton | Merencat sistem saraf pusat, kekeringan pada mulut dan tekak, pening, loya, hilang koordinasi, pertuturan tidak jelas dan koma. |
Siklopenta(g)-2-benzopiran | Keradangan pada kulit, mata dan saluran pernafasan. |
Ertanol | Keletihan, keradangan pada mata dan bahagian atas sistem pernafasan, pening, penglihatan yang kabur, hilang koordinasi anggota badan, kebas. |
Atil asetat | Sakit kepala, kebas, kulit kering dan merekah, kekurangan darah, kerosakan hati dan buah pinggan, keradangan pada mata dan saluran pernafasan. |
Fenil metal ester | Gangguan sistem saraf, kanser |
Hidrosinamaldehid, p-tert-butil-alfa-metil | Separuh sedar, kesukaran bernafas, gangguan sistem reproduktif lelaki. |
Metilin klorida | Kanser, sesak nafas (kerana dimetabolisme kepada karbon monoksida), sakit kepala, kebasm pening, penat, mudah terganggu. |
Phenol, 2,60bis(1,1-dimetileti)-4-metil | Kanser, memberi kesan pada anak dalam kandungan dan sistem pembiakan. |
Ftalik ester | Gangguan sistem saraf dan bayi dalam kandungan |
Benzaldehid | Merencat sistem saraf pusat, keradangan pada mulut, tekak, mata, kulit, paru-paru, loya, sakit perut dan kerosakan buah pinggang. |
Kampor (kapur barus) | Alahan pada kulit, keradangan pada mata, hidung dan tekak, pening, loya dan sawan. |
Benzal alkohol | Keradangan bahagian atas sistem pernafasan, pening, loya, muntah, tekanan darah rendah, merencat sistem saraf, kegagalan fungsi pernafasan. |
Karbitol | Keradangan pada mata, kulit, saluran pernafasan paru-paru. |
Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan.
Jadual berikut menunjukkan contoh bahan kimia di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan, produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen dan potpuri.
Tanda Keracunan
Secara amnya keracunan wangian ditunjukkan oleh tanda berikut seperti yang dikeluarkan oleh Pusat Kebangsaan Strategi Kesihatan Alam Sekitar, Kanada pada tahun 1990:
Mata berair, penglihatan berganda, bersin, sesak nafas, alergi rinitis, sinusitis, tin nitus, pening, vertigo, batuk, bronkitis, kesukaran bernafas, ketat dada, asma, anafilaksis, pening, migrain, sakit kepala, disorientasi, kehilangan memori berkala, ketegangan, awan, kemurungan, perubahan tingkah laku, ruam, ekzema, kemerahan, keradangan otot dan sendi, sakit, lemah, denyutan jantung yang tidak teratur dan laju.
Anda dinasihatkan supaya membaca label pada produk wangian terlebih dahulu sebelum membeli bagi mengetahui sama ada bahan kirnia yang digunakan adalah daripada jenis yang selamat kepada diri atau anak dalam kandungan. Elakkan pendedahan bertoksik terutamanya kanak-kanak. Sekiranya ada kemusykilan, anda boleh menghubungi pihak yang bertanggungjawab tentang kesihatan pengguna atau Pusat Racun Negara. Beringatlah! Tidak semua yang wangi itu baik untuk kita.
Alhamdulillah. Tak sangka ya, serbuk pencuci juga boleh mendatangkan bahaya kepada kita. Semoga lebih ramai yang ada kesedaran memilih bahan cucian yang lebih organik.
ReplyDeleteJom dapatkan Wangian Organik
ReplyDeletefb.com/blackoutjusticachanglun
0129641570