PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Sunday, May 9, 2010

Kajian Asas

Proses pemodenan yang dinikmati oleh penduduk Malaysia kebelakangan ini banyak diraih keuntungan oleh syarikat-syarikat gergasi.Malangnya kita terdedah kepada 2 masalah yang merunsingkan fikiran iaitu peningkatan dalan penggunaan bahan kimia bertoksid dalam kehidupan harian dan peningkatan dalam kes-kes kanser di seluruh negara. Kanser telah menjadi penyebab utama kesakitan dan kematian di negara kita. Pada tahun 1970, jumlah yang dilaporkan ialah sebanyak 6,254 kes. Pada tahun 1996, angkanya meningkat kepada 37,294 kes iaitu pertambahan sebanyak 496%!!
Buat kali pertama di Malaysia dan mungkin juga di seluruh dunia,satu kajian asas untuk mendedahkan tentang bahan-bahan penyebab kanser dalam kosmetik dan produk kegunaan harian telah dijalankan oleh UTUSAN PENGGUNA ( Akhbar bulanan CAP ) pada Disember 1998.
Buat kali pertama, pengguna dimaklumkan tentang jenis-jenis bahan kimia penyebab kanser yang terkandung dalam produk dan jenamanya. Isu ini begitu popular sehingga CAP terus mengetengahkannya dalam pelbagai rangkaian produk selama 1 1/2 tahun lagi. Kajian itu berakhir pada Jun 2000.
Buku kecil ini ( Sila rujuk senarai buku-buku disebelah ) merupakan kompilasi rencana-rencana yang telah dimuatkan dalam Utusan Pengguna sepanjang tempoh kajian tersebut.
Gunakan buku kecil ini untuk melindungi diri anda dan orang-orang yang anda sayangi daripada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab yang menghasilkan produk bercampur bahan karsinogen dan kerajaan yang membenarkan produk seumpamanya dijual kepada kita. Dapatkan buku ini segera sebelum kita disahkan mempunyai penyakit kanser.
Tuan/puan boleh hubungi saya untuk mendapatkan buku ini kerana buku-buku ini sukar terdapat dipasaran. SILA lihat disebelah untuk membuat tempahan.

No comments:

Post a Comment